Tuesday, December 7, 2010

1431 : Aku..Isteri..Mama..Alhamdulilah


Salam Maal Hijrah..1432..Semoga tahun baru ini mebawa seribu kabaikan berbanding tahun sbelumnya..inAllah.. Tengah 'redo session' anak-anak didik disayangi..

Tetiba teringat peristiwa tahun 1431..paling bermakna..tujuan blog ini pada dasarnya hendak mencuba sesuatu yang interesting untuk melupakan sesuatu yang merunsingkan jiwa..namun setelah lama menggunakannya ianya sedikit sebnayk membantu untuk menyimpan sesuatu artikel yang terjumpadari blog-blog yang sangat menarik untuk rujukan diriku yang sering terlupa dan untuk dikongsi oleh sahabat-sahabat yang melawat blog ini inAllah..semoga keberkatan dan pahala daripada amalan dan ilmu dari blog-blog yang berkenaan sampai kepada peng-usul artikel yang sangat bermakna dalam hidup ku..terima kasih

Muslimah..itu adalah azamku di tahun baru..inAllah aku akan terus berusaha untuk mengupas maknanya dalam hidupku sepanjang tahun 1432..semoga aku mendapat hidayah dan rahmat dariNya..

New artikel yang menjadi semangat buatku di awal tahun untuk terus melayari hidupku dan keluarga comelku:

Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?

Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.

Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya… istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Warkah buat suami tersayang :


Suami ku yang disayangi,

Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.

Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.

Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke syurga Allah..inAllah..Syukran 'ala kulli hal Ya Allah..


Ribuan terima kasih buat Ustaz PAHROL MOHAMAD JUOI..

Wednesday, October 13, 2010

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...


Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
"Apakah keistimewaan perempuan ini?”
Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yg solehah dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

p/s: puisi ini adalah perkongsian dari beberapa orang teman di FB

Tuesday, June 1, 2010

Kesilapan Mendidik Anak-anak..


Hari nie last day redo session..emm agak huru-hara deparment nie..mana asignment student ku nie...cepat sikit dah tak sabar2 nie nak remarking..n excited nak tahu ape hasilnyer..yang pasti deprment yang ade 3 air cond nie dah jadi panas..akibat too many student inside here..what to do..our responsibilities and amanah harus dijalankan.. Sambil2 tue layan lah blog nie jap..n terjumper info nie untuk direnung n dikongsi bersama inAllah..

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.


1. Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:

• Saidul (penghulu) Istighfar,

• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),

• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:

• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (l-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah • Menakutkan dengan tempat gelap • Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau • Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9.
Kurang menghidupkan sunnah di rumah
seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita
, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


1
5. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

WaAllahu'alam..dipetik dari link http://supervain.com

Friday, May 28, 2010

Hepy Birthday Abang Anas...

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Alhamdulillah..Diam tak diam dah besar permata hati kami..dah 3 tahun..doa mama n abah semoga abg anas sihat selalu n jadi anak y beriman..inAllah..mama wish abang anas cepat besar n sihat2 selalu..dapat jaga adik anis and abah..klu mama xde abang anas take over tau..

Tapi harini abang anas cam demam sikitlah..demam 3tahun kot..xpe mama yakin esok baiklah kan..abah n mama bw abg anas celebrate at secret re.....y..guess what?? abang anas dpt hadiah dr abah..abah yang baik hati..blanja kitaorg harinie..thanks abah,,semoga anak kita dpt jadi seorang insan y berguna kepada agama n negara..inAllah


Sunday, May 23, 2010

Mengemis Kasih..


Setengah jam lagi nak meeting..emm cam boring jg menanda asignment nie..take 5 jap to coretkan something... tetiba teringat and terdengar lagu nasyid nie..cube kite hayati lirik lagu Raihan nie..syahdu and begitu bermakna..mungkin bagi mereka yang pernah and sudah dan akan merasa nikmat/rahmat ujian dari Allah..mungkin lagu ini sangat menyentuh perasaan..mungkin kita pernah tersilap langkah terhadap langkah pertama yang kita ambil akibat dari melatah dengan ujian Allah..namun liriknya sangat bermakna and menginsafkan..cube hayati lirik lagu nie..

Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


Semalam yang dimaksudkan Raihan mungkin semalam, harini, esok atau bulan depan, tahun depan atu bila-bila mengikut ketentuan Allah..kita merancang Allah jua yang menentukan..Namun bila nikmat semalam itu datang bersyukurlah kita...kerana itu merupakan nur rahmat dan hidayah dari Allah yang tak akan dikecapi oleh setiap makhluk ciptaanNya..Hanya yang terpilih shj di uji dan diberi rahmat...bersyukur lah kita..syukran Ya Allah..

Note: Allah sentiasa merindu mendengarkan rintihan hambanya..ingatlah wahai hambaNya including orang yang menulis..

Thursday, May 20, 2010

Segalanya Milik Mu..

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica

Note: Tengah cari lagu In-Team-Segenggam Tabah (best jg)

Wednesday, May 19, 2010

Our xtvt at Bagan Lalang..Comel jer..



First time turun dalam air masin..mcm excited sangat nengokan our sweet heart main air..plush..plush..he..he..he..adik anis paling beria..abang anas control macho...Abah..pemain layang-layang yang hebat..mama..emm dok cari bateri kamera weak..hampes..tapi dapat..yes mama boleh lakukan

Hari ni cam teringat akan amalan yang dirasakan ingin dikongsi besama jika ader musibah atau ujian melanda kalian. Bacalah sekurang-kurangnya kurang sikit bebean di dada. Anggaplah bahawa setiap ujian Allah ader himah terselindung yang tak nmpk di mata and teknologi terkini.

Doa dan zikir ini merupakan permohonan agar dihindari dari sebarang bentuk kesedihan dan diperlidungkan dr segenap musibah, dihindari dari terkena ilmu sihir dan disembuhkan dari penyakit, inAllah:



Note: Semoga beroleh ketenangan yang hakiki...

Orang Ikhlas itu Tertindas???

Buat renungan untuk difikir2-an.....

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sumber: Emm tak tahu..tapi best..

Monday, May 17, 2010

Hanya kerana itu..


Hmm..dah lama tak coretkan sesuatu..macam tak tahu kenapa..malas kot..pagi nie macam tak de mud..asignment banyak nak tanda..tapiiiiiiiiiiiiiiii..xde mud........smlm tido lewat kot..lepas pukul 4.30pg pun tak tido lagi..Ya Allah berilah aku kekuatan untuk teruskan perjuangan hidup ini..berilah aku kekuatan dalaman agar dapat aku rasakan yang kehidupan n diri aku ini diperlukan.. Ku hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan..n ku bukan sesiapa untuk menghukum seseorang walau sehebat mana pun ape yang telah dilakukan ke atas aku kerana ianya pinjaman semata-mata..

Semua yang berlaku dugaan n ujian...n ujian adalah guru senyap terhebat yang mengajar aku banyak perkara..namun manusia biasa setiap detik ader shj dlm diri ini yang tak pernah kene di mata..walau diri ini cuba merubah sesuatu namun kita hanya merancang..Ku hanya berdoa dan terus berdoa agar diberi kekuatan dalaman yang berterusan..semoga tidak tergelincir lagi ke landasan yang tidak sepatutnya..

Ku cuba mengamalkan amaln terbaik kurasakan buat insan yang di uji. Tiga langkah sabar yang sesuai diamalkan:
1. ucaplah 'innalilah wailaihirajiun...' bagi perkara yang berlaku
2. ucaplah 'Aku redha dengan ujianmu ini'
3. ucaplah 'Ya Allah gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik'

Namun, kekadang aku hanya pandai bercakap,,namun aplikasi kurang..ku coretkan sesutu supaya aku sedar bahawa aku hanya insan biasa yang selalu melakukan dosa walau setiap kali itu melakukan amalan..

Ya Allah jadikanlah aku seoarang insan yang sentiasa membuka jalan bagi ke arah kebaikan..bukan untuk menutup pintu rahmat yang telah dibuka olehNya..walaupun aku tersiksa tapi ku tahu bahawa ader yang lebih berkuasa lebih mengetahui segalanya..semoga aku tidak tersasar dengan godaan seterusnya..

Ingatlah bahawa kite insan biasa, segalanya hanya pinjaman di dunia, tiada siapa memeliki sesiapa..fikirkan sejenak ape yang kiter mahu di dunia ini..? bersyukurkah kiter dengan ape yang ader..bibir mudah mengukir kata..tapi hatilah yang tahu segalanya..

Sisapa kita di bumi Allah ini..terimalah ape yang dah disebut sebagai qada dan qadar..jgnlah ditanya kenape dan kenape tak macam dirancang and kenape org lain dikurniakan..kerana "sesuatu yang terjadi adalah dari Allah, dan kepadanya juga kite meminta"..waAllahu 'alam..



Note: Berzikir........n selawat selalu.......ingatlah wahai aku...........ikan tu macam comel je kan..xde dosa...ciptaan Allah yang syumul...

Tuesday, April 20, 2010

Pernahkah kita terfikir..


Pernahkah suatu ketika kita mendapati bahawa ternyata secara tidak sengaja telah menyakiti hati orang-orang lain di sekitar kita. Kita melangkah memulai hari tanpa mengerti bahawa kelmarin, dua hari lalu atau hari-hari sebelumnya lagi, entah berapa banyak orang yang tidak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tak bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur tersakiti, sulit untuk dipulihkan lagi.

Pernahkah kita menyedari bahawa mungkin hari ini kita telah mengecewakan banyak orang? Kita menyangka bahawa hari ini telah dilewati dengan lancar tanpa gangguan dan kita akhiri hari ini dengan tidur yang nyenyak. Namun, ternyata pagi tadi, kita terlupa mencium tangan orang tua untuk keluar ke sekolah, atau ke pejabat, terbersit sedikit kecewa di hati mereka. Pagi tadi, saat membayar tambang bas, Kita memberikannya dengan huluran yang kasar hingga konduktor terasa terhina. Pagi tadi, saat masuk ke dewan kuliah, kita terlupa menyapa dan memberi salam dan senyum kepada beberapa teman hingga yang kita tunjukkan hanyalah wajah-wajah penat dan kening yang berkerut.

Pernahkah terfikir oleh kita, bahawa sedikit kesan tak enak yang orang lain rasa dari tingkah laku kita, dapat membekas begitu dalam tanpa kita menyedarinya. Membuat mereka berasa sedih, kecewa, kesal atau bahkan marah kepada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lewati dengan menyakiti hati begitu banyak orang. Dan saat-saat hati mereka telah terluka, rasanya tak lagi bererti permohonan maaf kita saat kita ucapkan “I didn’t mean to…” Kesalahan yang tidak disengaja, terkadang membuat kita sendiri hairan dan tertanya, “Bila aku melakukan hal itu? Betul ke aku telah bersikap kasar dengannya? Aku tidak bermaksud begitu. I didn’t mean to…” Dan sekian banyak maaf yang kita ukir untuk diri kita sendiri, tanpa peduli orang tersebut masih merasakan sakitnya hingga kini.

Tak usahlah lagi alasan itu dicari. Mari mulai perbaiki, mulai saat ini. Sebab kita tak pernah tahu bila diri kita pernah menyakiti hati orang lain.

Kita memang manusia yang sombong, merasa memiliki hak untuk menentukan hari esok, merasa berhak untuk menetapkan apa yang harus terjadi dan apa yang tidak harus terjadi padahHari esok. Kita juga menjadi manusia yang berburuk sangka kepada Allah, merasa diri tidak diperhatikan Allah, dizalimi Allah, selalu was-was resah gelisah menghadapi hari esok, takut jika menjadi manusia sengsara pada hari esok, takut tidak memiliki itu dan ini, takut tidak menjadi itu dan ini. Seperti kita saja yang jadi Tuhan, merasa paling benar, merasa apa yang terfikirkan adalah yang paling benar, yang harus terjadi esok hari. Kita jatuh ke dalam sebuah pusaran yang menghinakan, yang kita cipta sendiri, yang menjerumuskan, menghanyutkan diri kita sendiri!

Sedarlah wahai jasad yang bernyawa, yang memiliki fikiran dan perasaan, yang memiliki pendengaran dan penglihatan. Sedarlah bahawa engkau tidak berhak atas apa pun, engkau tidak memiliki kuasa apa pun! Allah lah yang Maha Kuasa, Allah yang mengenggam segala kekuasaan, yang memberikan kekuasaan kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang mencabut kekuasaan daripada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang menuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, yang menghinakan sesiapa pun yang dikehendakiNya. Yang berkuasa atas semua makhluk. Dia di atas segalanya.

Sedarilah bahawa diri kita hanyalah hamba, yang tidak punya kuasa apa pun, tidak memiliki kekuatan untuk menentukan apa pun jua. Diri kita dan segala yang ada ini adalah buah ketentuan Allah, milik Allah, dari Allah Dan akan kembali kepada Allah. Kita yang miskin, itu dari Allah. Kita yang kaya, itu juga dari Allah. Kita yang gagah, itu dari Allah. Semua dari Allah, milik Allah, ketentuan Allah. Jangan meratapi keadaan kita, jangan meratapi mengapa kita harus begini, sedangkan orang lain begitu. Jangan protes! Palingkan pandanganmu dari kebendaan, hadapkan dirimu ke pemilik kebendaan itu.

Ketika Allah memiskinkan dirimu, bukan bererti Allah menzalimi dirimu. Ketika Allah mengkayakan dirimu, bukan bererti Allah melebihkan dirimu. Ketahuilah bahawa kekayaan, kemiskinan, status, jawatan sosial, ketampanan kecantikan, setiap keadaan yang ada, setiap eksistensi kita, pada hakikatnya semuanya adalah sama. Semua itu adalah milik Allah, dari Allah, yang dititipkan kepada manusia, diamanahkan kepada manusia, untuk ditunaikan pada jalanNya.

Kemuliaan manusia bukan terletak pada apa yang dimiliki manusia, apa yang disandang manusia, tetapi kemuliaan manusia adalah pada taqwanya. Sejauh mana dia melaksanakan amanah Allah. Sejauh mana dia mangarahkan apa yang dititipkan Allah itu.

Orang kaya, kemuliaannya tidak terletak pada hartanya, tetapi terletak pada bagaimana dia memanfaatkan kekayaannya, memaknainya, sejauh mana kerelaan dirinya untuk mewakafkan modalnya di jalan kesolehan.

Orang miskin juga punya modal. Modalnya bernama kemiskinan, kemuliaanya adalah sejauh mana dia memanfaatkannya Dan menyikapinya, memaknai kemiskinannya. Apakah dengan kemiskinannya dia semakin dekat atau malah semakin jauh dengan Allah? Bersabar atau berkeluh kesah, redha atau malah protes kepada Allah.

Manusia mempunya kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang ditentukan Allah kepadanya. Manusia, misalnya, tidak dapat terbang. Ini merupakan salah satu ukuran atau batas kemampuan yang Allah anugerahkan untuknya. Kita tidak mampu melampauinya, kecuali jika Kita menggunakan akal untuk menciptakan sesuatu alat, namun akal kita juga mempunyai ukuran yang tidak boleh dilampaui.

Di sisi lain, manusia berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan juga tidak terlepas daripada hukum-hukum yang telah mempunya kadar dan ukuran tertentu (sunnatullah). Robohnya tembok, berjangkitnya penyakit, adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan Allah. Tetapi Tuhan telah menganugerahkan manusia kemampuan memilih. Dan menjadi jelaslah kiranya bahawa adanya takdir tidak menghalangi manusia untuk berusaha menentukan masa depannya sendiri, sambil memohon bantuan Ilahi.