Thursday, July 11, 2013

:: Sudah Ingatkah Kita??? ::


Sudah ingatkah kita atau patutkah kita terlupa..kerna ia amalan semenjak dari kecil. Tapi ramai yang terlupa dan akhirnya tidak faham..sedang ia banyak membantu kita in shaa Allah..

Ayuh sesama amalkan..termasuklah diriku..jom..



:: SABaR DeNGAn UJIAnMU ::

Sabar..senang diungkap..namun hakikatnya sukar untuk dilaksanakan..kekadang hati tertanya kenape perlu bersabar dan bersabar semestinyakah di aplikasi untuk insan yang menyakiti dan cube merosakkan hidup kita..?? Ape yang mereka mahukan..?? ape yang di kejar?? Sungguh aku kurang faham dengan generasi sekarang bergaul tanpa mengira batas pergaulan..tanpa mengira perasaan orang lain..kekadang tertanyer kenape ape yang dipelajari satu ketika dahulu tidak same dengan ape yang masyarakat sekarang amalkan..mane yang betul mane yang palsu..??

"Tuhan..Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang sering mengharapkan bantuan Mu di kala diuji..ku mohon kekuatan agar di beri kesabaran ke atas ujian ini.. Aku mesti kuat melawan nafsu amarah ku demi suami dan anak-anak ku walau sekali aku jatuh tersungkur.."

Tuhan aku faham bahawa agama mu adalah agama yang suci dan hukum mu tetap tidak berubah mengikut peredaran zaman..walau masa berubah haram tetap haram..wajib tetap wajib..biar aku rebah di caci dan kalah di tendang namun ku tetap amalkan ape yang telah ku pelajari..ku rasekan itulah hikmah terselindung di sebalik takdir mu yang telah memberi peluang untuk aku berlajar tentang agama mu seketika di bangku sekolah..

Duhai muslimat (peringatan untuk diri sendiri) sedarlah bahawa kecantikan itu hanyalah pinjaman..usahlah dipermainkan. Kasihanilah orang yang lemah, nescaya kita akan bahagia. Berilah  kepada orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda nesacaya akan selamat. Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga akan menunggumu. Hapuslah air matamu dengan berprangsangka baik kepadanya. Buanglah segala penderitaan dengan mengingati segala nikmat Allah kepadamu. 


"Sesungguhnya Engkau sangat baik dan sentisa memelihara ku Ya Allah..SubhanaAllah.."


Sabar..redha..memaafkan dan berdoa..Syukur dengan nikmatMu Ya Allah..