Wednesday, March 31, 2010
Alhamdulilah..akhirnya..
Monday, March 15, 2010
Layar Keinsafan..by Mestica
Best giler lagu nie..hopefully bile korang dah baca..it will give u ketenangan and just try to renung sejenak k...
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Hijjaz Records. Sdn. Bhd.
Renungan bersama (samb.)...
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
- Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
- hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
- hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
- adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
- Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
- Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
- Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
- Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
- Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
- Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
- Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati
Wednesday, March 10, 2010
Tolong beritahu si dia...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga
batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya
sendiri
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya dan lindungilah dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar
berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti....
Dalam Surah An-Nuur ayat 26, Allah SWT ada menjanjikan:
~ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…
Salam dariku.. Sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu...
Tuesday, March 9, 2010
So cute..for my beloved son and daughter..
Tetiba teringatkan abang tapi tak leh nak sms sbb abang busy..meeting..tapi dah ngantok nie..rehat jap..dptlah find video yang cute nie..
So cute..."meow..meow" bak kata abang anans n adik anis..mama suka video klik nie..buatkan mama teringatkan anak-anak mama..teringatkan "hurairah" hanya sayang n abang je yang tahu cerita hurairah..so sweet..he2...
Renungan bersama...
Ketenangan hati sangatpenting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.
Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.
Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.
Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentu tidak sama dengan seorang yang yakin bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik.
Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.
Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.
Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!
Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.
Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti mama sapukan ubat!'
Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.
Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.
Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ?kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.
Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.
Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.
Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).
Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.
Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.
Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.
Tuhan berfirman: Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman! (Surah Al Fath: Ayat 4). Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal.
Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.
Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam
Monday, March 8, 2010
Abang Anas Birthday's Keks..He2..
kek abang anas lagi tapi nie yang 2 years...emm nie favourite cartoon abang anas sekarang...one of the favourite lah...cantik..kek die pun sodap sangat...mama juge yang over..he2..kawan-kawan abang anas pun sukeeeee makan...
Sunday, March 7, 2010
First Day..Learning process..
2nd wish..hope that my beloved hubby Suhaidi enjoy with me to write something..every night, moment, days and times..he2..for our family...inAllah..
Like Anas Zaqwan always say.."Mama boleh lakukan..." & "Abah boleh lakukan"...