Dan Kau jua yang menghampar bahagia Di ribaanMu terhimpun harapan Impian tulus setiap insan Kau yang mengutuskan duka Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa Namun padaMu jua diadukan Merabahkan keresahan dan tangisan Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku Tak semuanya yang ku mahu Di celah hangat nafas yang terhela Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu Terarah segala ronta dan rasa Pada damainya dakapanMu Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu di segenap ruang rasaku Telah Kau titipkan kekuantan Oh Tuhan
Album : TigaSatuTiga Munsyid : Mestica
Note: Tengah cari lagu In-Team-Segenggam Tabah (best jg)
First time turun dalam air masin..mcm excited sangat nengokan our sweet heart main air..plush..plush..he..he..he..adik anis paling beria..abang anas control macho...Abah..pemain layang-layang yang hebat..mama..emm dok cari bateri kamera weak..hampes..tapi dapat..yes mama boleh lakukan
Hari ni cam teringat akan amalan yang dirasakan ingin dikongsi besama jika ader musibah atau ujian melanda kalian. Bacalah sekurang-kurangnya kurang sikit bebean di dada. Anggaplah bahawa setiap ujian Allah ader himah terselindung yang tak nmpk di mata and teknologi terkini.
Doa dan zikir ini merupakan permohonan agar dihindari dari sebarang bentuk kesedihan dan diperlidungkan dr segenap musibah, dihindari dari terkena ilmu sihir dan disembuhkan dari penyakit, inAllah:
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…” Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Hmm..dah lama tak coretkan sesuatu..macam tak tahu kenapa..malas kot..pagi nie macam tak de mud..asignment banyak nak tanda..tapiiiiiiiiiiiiiiii..xde mud........smlm tido lewat kot..lepas pukul 4.30pg pun tak tido lagi..Ya Allah berilah aku kekuatan untuk teruskan perjuangan hidup ini..berilah aku kekuatan dalaman agar dapat aku rasakan yang kehidupan n diri aku ini diperlukan.. Ku hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan..n ku bukan sesiapa untuk menghukum seseorang walau sehebat mana pun ape yang telah dilakukan ke atas aku kerana ianya pinjaman semata-mata..
Semua yang berlaku dugaan n ujian...n ujian adalah guru senyap terhebat yang mengajar aku banyak perkara..namun manusia biasa setiap detik ader shj dlm diri ini yang tak pernah kene di mata..walau diri ini cuba merubah sesuatu namun kita hanya merancang..Ku hanya berdoa dan terus berdoa agar diberi kekuatan dalaman yang berterusan..semoga tidak tergelincir lagi ke landasan yang tidak sepatutnya..
Ku cuba mengamalkan amaln terbaik kurasakan buat insan yang di uji. Tiga langkah sabar yang sesuai diamalkan: 1. ucaplah 'innalilah wailaihirajiun...' bagi perkara yang berlaku 2. ucaplah 'Aku redha dengan ujianmu ini' 3. ucaplah 'Ya Allah gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik'
Namun, kekadang aku hanya pandai bercakap,,namun aplikasi kurang..ku coretkan sesutu supaya aku sedar bahawa aku hanya insan biasa yang selalu melakukan dosa walau setiap kali itu melakukan amalan..
Ya Allah jadikanlah aku seoarang insan yang sentiasa membuka jalan bagi ke arah kebaikan..bukan untuk menutup pintu rahmat yang telah dibuka olehNya..walaupun aku tersiksa tapi ku tahu bahawa ader yang lebih berkuasa lebih mengetahui segalanya..semoga aku tidak tersasar dengan godaan seterusnya..
Ingatlah bahawa kite insan biasa, segalanya hanya pinjaman di dunia, tiada siapa memeliki sesiapa..fikirkan sejenak ape yang kiter mahu di dunia ini..? bersyukurkah kiter dengan ape yang ader..bibir mudah mengukir kata..tapi hatilah yang tahu segalanya..
Sisapa kita di bumi Allah ini..terimalah ape yang dah disebut sebagai qada dan qadar..jgnlah ditanya kenape dan kenape tak macam dirancang and kenape org lain dikurniakan..kerana "sesuatu yang terjadi adalah dari Allah, dan kepadanya juga kite meminta"..waAllahu 'alam..
Note: Berzikir........n selawat selalu.......ingatlah wahai aku...........ikan tu macam comel je kan..xde dosa...ciptaan Allah yang syumul...
Pernahkah suatu ketika kita mendapati bahawa ternyata secara tidak sengaja telah menyakiti hati orang-orang lain di sekitar kita. Kita melangkah memulai hari tanpa mengerti bahawa kelmarin, dua hari lalu atau hari-hari sebelumnya lagi, entah berapa banyak orang yang tidak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tak bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur tersakiti, sulit untuk dipulihkan lagi.
Pernahkah kita menyedari bahawa mungkin hari ini kita telah mengecewakan banyak orang? Kita menyangka bahawa hari ini telah dilewati dengan lancar tanpa gangguan dan kita akhiri hari ini dengan tidur yang nyenyak. Namun, ternyata pagi tadi, kita terlupa mencium tangan orang tua untuk keluar ke sekolah, atau ke pejabat, terbersit sedikit kecewa di hati mereka. Pagi tadi, saat membayar tambang bas, Kita memberikannya dengan huluran yang kasar hingga konduktor terasa terhina. Pagi tadi, saat masuk ke dewan kuliah, kita terlupa menyapa dan memberi salam dan senyum kepada beberapa teman hingga yang kita tunjukkan hanyalah wajah-wajah penat dan kening yang berkerut.
Pernahkah terfikir oleh kita, bahawa sedikit kesan tak enak yang orang lain rasa dari tingkah laku kita, dapat membekas begitu dalam tanpa kita menyedarinya. Membuat mereka berasa sedih, kecewa, kesal atau bahkan marah kepada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lewati dengan menyakiti hati begitu banyak orang. Dan saat-saat hati mereka telah terluka, rasanya tak lagi bererti permohonan maaf kita saat kita ucapkan “I didn’t mean to…” Kesalahan yang tidak disengaja, terkadang membuat kita sendiri hairan dan tertanya, “Bila aku melakukan hal itu? Betul ke aku telah bersikap kasar dengannya? Aku tidak bermaksud begitu. I didn’t mean to…” Dan sekian banyak maaf yang kita ukir untuk diri kita sendiri, tanpa peduli orang tersebut masih merasakan sakitnya hingga kini.
Tak usahlah lagi alasan itu dicari. Mari mulai perbaiki, mulai saat ini. Sebab kita tak pernah tahu bila diri kita pernah menyakiti hati orang lain.
Kita memang manusia yang sombong, merasa memiliki hak untuk menentukan hari esok, merasa berhak untuk menetapkan apa yang harus terjadi dan apa yang tidak harus terjadi padahHari esok. Kita juga menjadi manusia yang berburuk sangka kepada Allah, merasa diri tidak diperhatikan Allah, dizalimi Allah, selalu was-was resah gelisah menghadapi hari esok, takut jika menjadi manusia sengsara pada hari esok, takut tidak memiliki itu dan ini, takut tidak menjadi itu dan ini. Seperti kita saja yang jadi Tuhan, merasa paling benar, merasa apa yang terfikirkan adalah yang paling benar, yang harus terjadi esok hari. Kita jatuh ke dalam sebuah pusaran yang menghinakan, yang kita cipta sendiri, yang menjerumuskan, menghanyutkan diri kita sendiri!
Sedarlah wahai jasad yang bernyawa, yang memiliki fikiran dan perasaan, yang memiliki pendengaran dan penglihatan. Sedarlah bahawa engkau tidak berhak atas apa pun, engkau tidak memiliki kuasa apa pun! Allah lah yang Maha Kuasa, Allah yang mengenggam segala kekuasaan, yang memberikan kekuasaan kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang mencabut kekuasaan daripada orang-orang yang dikehendakiNya. Yang menuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, yang menghinakan sesiapa pun yang dikehendakiNya. Yang berkuasa atas semua makhluk. Dia di atas segalanya.
Sedarilah bahawa diri kita hanyalah hamba, yang tidak punya kuasa apa pun, tidak memiliki kekuatan untuk menentukan apa pun jua. Diri kita dan segala yang ada ini adalah buah ketentuan Allah, milik Allah, dari Allah Dan akan kembali kepada Allah. Kita yang miskin, itu dari Allah. Kita yang kaya, itu juga dari Allah. Kita yang gagah, itu dari Allah. Semua dari Allah, milik Allah, ketentuan Allah. Jangan meratapi keadaan kita, jangan meratapi mengapa kita harus begini, sedangkan orang lain begitu. Jangan protes! Palingkan pandanganmu dari kebendaan, hadapkan dirimu ke pemilik kebendaan itu.
Ketika Allah memiskinkan dirimu, bukan bererti Allah menzalimi dirimu. Ketika Allah mengkayakan dirimu, bukan bererti Allah melebihkan dirimu. Ketahuilah bahawa kekayaan, kemiskinan, status, jawatan sosial, ketampanan kecantikan, setiap keadaan yang ada, setiap eksistensi kita, pada hakikatnya semuanya adalah sama. Semua itu adalah milik Allah, dari Allah, yang dititipkan kepada manusia, diamanahkan kepada manusia, untuk ditunaikan pada jalanNya.
Kemuliaan manusia bukan terletak pada apa yang dimiliki manusia, apa yang disandang manusia, tetapi kemuliaan manusia adalah pada taqwanya. Sejauh mana dia melaksanakan amanah Allah. Sejauh mana dia mangarahkan apa yang dititipkan Allah itu.
Orang kaya, kemuliaannya tidak terletak pada hartanya, tetapi terletak pada bagaimana dia memanfaatkan kekayaannya, memaknainya, sejauh mana kerelaan dirinya untuk mewakafkan modalnya di jalan kesolehan.
Orang miskin juga punya modal. Modalnya bernama kemiskinan, kemuliaanya adalah sejauh mana dia memanfaatkannya Dan menyikapinya, memaknai kemiskinannya. Apakah dengan kemiskinannya dia semakin dekat atau malah semakin jauh dengan Allah? Bersabar atau berkeluh kesah, redha atau malah protes kepada Allah.
Manusia mempunya kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang ditentukan Allah kepadanya. Manusia, misalnya, tidak dapat terbang. Ini merupakan salah satu ukuran atau batas kemampuan yang Allah anugerahkan untuknya. Kita tidak mampu melampauinya, kecuali jika Kita menggunakan akal untuk menciptakan sesuatu alat, namun akal kita juga mempunyai ukuran yang tidak boleh dilampaui.
Di sisi lain, manusia berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan juga tidak terlepas daripada hukum-hukum yang telah mempunya kadar dan ukuran tertentu (sunnatullah). Robohnya tembok, berjangkitnya penyakit, adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan Allah. Tetapi Tuhan telah menganugerahkan manusia kemampuan memilih. Dan menjadi jelaslah kiranya bahawa adanya takdir tidak menghalangi manusia untuk berusaha menentukan masa depannya sendiri, sambil memohon bantuan Ilahi.